Description
Rasai keaslian Masak Lemak Cili Api yang dihasilkan menggunakan daging salai berkualiti yang disalai dalam tempoh lebih lama untuk menghasilkan aroma salai yang lebih harum, kaya dan menyelerakan. Daging dimasak perlahan bagi memastikan tekstur yang lembut, empuk dan penuh rasa dalam setiap suapan.
Dimasak bersama santan pekat, kunyit hidup, cili api dan labu segar, hidangan ini menawarkan gabungan rasa lemak, pedas dan sedikit manis yang seimbang dengan citarasa tradisional yang autentik dan memikat selera.
Diperkemaskan dengan sentuhan moden, produk ini menggunakan teknologi retort bagi membantu mengekalkan rasa dan kualiti makanan sehingga 2 tahun tanpa memerlukan penyimpanan sejuk. Sesuai untuk individu yang mempunyai gaya hidup sibuk, tidak mempunyai banyak masa untuk memasak, serta sebagai simpanan makanan kecemasan di rumah atau ketika travel, camping, hiking dan aktiviti outdoor.
Tahap Kepedasan








